Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joe Jonas, Sophie Turner capai kata sepakat

    Selepas melalui proses meditasi, pasangan Joe Jonas dan Sophie Turner akhirnya berjaya mencapai kata sepakat berkaitan hak penjagaan sementara dua orang anak mereka.

    Dalam laporan daripada laman mStar Online, hak penjagaan itu diberikan kepada dua-dua pihak mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

    Dalam masa sama mereka juga dibenarkan untuk membawa anak-anak me-reka tinggal sama ada di Amerika Syarikat (AS) atau United Kingdom (UK) yang merupakan negara kelahiran Sophie.

    “Kami bersetuju bahawa anak-anak meluangkan masa secara adil di rumah kami di AS dan UK. Kami mahu menjalankan tugas sebagai ibu bapa bersama,” jelas kenyataan seperti yang dipetik dari People.

    Pada Selasa, mahkamah menetapkan Sophie mendapat hak penjagaan untuk tempoh 9 Oktober hingga 21 Oktober, 2 November hingga 22 November dan 16 Disember hingga 7 Januari tahun depan.

    Sementara itu, Joe pula dibenarkan menjaga anak 21 Oktober hingga 2 November dan 22 November hingga 16 Disember.

    Kedua-dua mereka dibenarkan untuk membawa anak-anak menetap di mana-mana kediaman.

    Pasangan ini juga diminta untuk menyerahkan laporan meditasi pada 23 Disember sebelum mahkamah menetapkan hak penjagaan pada masa seterusnya.

    Awal September lalu, Joe memfailkan cerai terhadap Sophie selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. – Agensi

    Joe dan Sophie selesaikan pertikaian tentang anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda