Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Jokowi arah lakukan audit stadium

    MALANG, INDONESIA, 5 OKT – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengarahkan semua stadium bola sepak di negara itu melakukan audit dan berikrar untuk mencari punca salah satu insiden paling maut dalam sejarah sukan.

    Beliau berada di bandar Malang untuk melawat saudara mara mangsa dan mereka yang cedera dalam insiden rempuhan yang membunuh kira-kira 131 orang pada Sabtu dan mengunjungi stadium tempat tragedi itu berlaku.

    Lawatan pemimpin Indonesia itu muncul ketika kemarahan memuncak berhubung tindakan polis yang memasuki padang ketika pegawai melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peminat Arema FC yang cuba mendekati pemain susulan kekalahan mereka ke atas pesaing, Persebaya Surabaya.

    “Saya ingin tahu punca yang menyebabkan tragedi ini supaya kita mendapat penyelesaian terbaik.

    “Saya akan mengarahkan Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam untuk mengaudit semua stadium yang digunakan untuk perlawanan liga (bola sepak),” katanya kepada pemberita di luar Hospital Saiful Anwar di Malang.

    Presiden Indonesia semasa bertemu anggota keluarga mangsa di Malang, Jawa Timur, susulan insiden rempuhan yang membunuh 131 orang dalam sejarah bola sepak. – AFP

    Ratusan orang melarikan diri menuju ke pintu keluar yang kecil, mengakibatkan ramai yang terpijak atau mati kesesakan nafas.

    Menurutnya, ‘masalah itu berpunca di pintu yang terkunci dan tangga yang curam, ditambah lagi dengan kepanikan’ namun akan menunggu keputusan siasatan daripada pasukan petugas khas.

    Widodo sebelumnya telah memasuki hospital dan bercakap dengan beberapa mangsa cedera, memberitahu mereka ‘untuk terus bersemangat’ dan bertanya tentang apa yang berlaku pada malam perlawanan.

    Beliau kemudian mengunjungi stadium Kanjuruhan, lokasi kejadian.

    “Kita perlukan….penambahbaikan pada keseluruhan pengurusan, pengurusan penonton stadium, masa dan keselamatan. Ia perlu sepenuhnya diaudit, oleh itu tragedi ini tidak akan berulang kembali,” kata presiden.

    Polis menyifatkan serbuan di padang itu sebagai rusuhan dan mengatakan dua pegawai terkorban, namun mangsa-mangsa menuduh mereka bertindak keterlaluan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...