Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jom sertai pelbagai aktiviti di KTB 1 Mei ini

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TEMBURONG, 27 APRIL – Majlis-majlis perundingan mukim dan kampung Daerah Temburong, persatuan-persatuan belia seluruh negara dan Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) dengan sokongan Jabatan Daerah Temburong, Pejabat Hal Ehwal Ugama Temburong dan Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Temburong akan mengadakan Program Ke Temburong Bisai (KTB) Edisi Sharing Time selama empat hari bermula 1 Mei hingga 4 Mei ini.

    Antara acara yang telah disusun bagi mengisikan program yang diadakan di sekitar Pekan Bangar seawal 8 pagi itu ialah Jualan KTB, Program Sharing Time, MMPB Green Jewel, KTB Hunt, Walkaton Amal, Program Pemantapan Solat dan KTB Car boot Sales. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi mengikuti aktiviti-aktiviti yang disediakan nanti sekali gus memeriahkan lagi program tersebut.

    Antara objektif program KTB pada kali ini diadakan adalah untuk menarik minat belia-belia bukan hanya di Daerah Temburong bahkan juga para belia di negara ini amnya untuk terlibat dalam pengendalian aktiviti-aktiviti yang bermanfaat melalui majlis-majlis perundingan mukim dan kampung serta persatuan-persatuan belia di seluruh negara.

    Ia juga diharapkan akan dapat menyediakan platform bagi belia-belia terutama sekali semasa Program Sharing Time untuk mengongsikan isu-isu yang dihadapi oleh golongan belia sekali gus dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai isu-isu yang dibentangkan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan mental dalam kalangan belia.

    Selain itu, belia-belia turut dihasrat dapat menonjolkan bakat masing-masing dari segi kreativiti, keusahawanan, kepimpinan dan lain-lain.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda