Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JPCC lancar Big Red Warrior

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Jerudong Park Country Club (JPCC) Sdn Bhd telah melancarkan tarikan baharu yang digelar ‘Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course’. 
    Ia merupakan padang perlumbaan berhalangan yang unik sepanjang 200 meter, di mana orang ramai boleh menguji tahap kemampuan fizikal mereka. 

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan ‘Big Red Warrior’ itu ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku pengerusi lembaga pengarah JPCC Sdn Bhd
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Kesyukuran, disusuli dengan taklimat keselamatan dan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Pengurus Am JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman. 

    Dalam ucapan alu-aluannya, beliau menjelaskan bahawa tarikan baharu ini akan menjadi ujian stamina dan ketahanan untuk seseorang individu menamatkan acara larian 200 meter yang merangkumi 25 halangan berbeza yang perlu dihadapi. 

    Beliau juga menambah bahawa JPCC akan bekerja secara strategik untuk meningkatkan dan menyediakan produk yang unik, berdaya maju dan kos efektif dengan sokongan daripada pelanggan. 

    “JPCC akan berusaha untuk terus berkhidmat kepada negara, di mana keseronokan tidak akan berakhir,” tambah pemangku pengurus am JPCC.

    Acara diteruskan dengan sesi pemanasan badan yang diketuai oleh Dj Nadzri, selaku pengacara majlis. Selepas sesi memanaskan badan, ‘Big Red Warrior’ dibukakan kepada semua tetamu jemputan diikuti dengan demonstrasi daripada pekerja JPCC yang mempamerkan pengalaman melalui ‘Big Red Warrior’.

    ‘Big Red Warrior’ juga boleh disewa oleh agensi-agensi kerajaan, syarikat korporat, sekolah atau bagi sebarang acara persendirian. Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau penyewaan tempat, orang ramai bolehlah menghubungi JPCC.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf semasa menghadiri majlis pelancaran ‘Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course’ baru-baru ini.
    Seorang peserta mencuba halangan mencabar dalam ‘Big Red Warrior, Jerudong Park Obstacle Course’ tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...