Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    JPES ‘gempur’ premis gagal patuhi akta

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan SDT

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Satu daripada 17 unit alat sukatan dan timbangan digunakan dalam aktiviti jual beli telah didapati gagal mematuhi akta dan peraturan sukatan timbang iaitu menggunakan alat timbangan yang telah mansuh pendaftaran semasa pemeriksaan operasi bersepadu dijalankan ke atas premis-premis perniagaan di Pekan Seria, Daerah Belait baru-baru ini.

    Pihak syarikat telah dikeluarkan Notis Penyitaan dan dikehendaki hadir ke pejabat Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) dalam tempoh tujuh hari waktu bekerja daripada tarikh notis dikeluarkan untuk memperbetulkan isu berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi di sini, semasa operasi bersepadu bertarikh 22 Mac itu, JPES juga mengeluarkan empat Notis Amaran dan satu kompaun berjumlah $500 bagi kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu melebihi harga maksimum yang ditetapkan bagi barangan yang dikawal harga dan tidak mempamerkan tanda harga.

    Hasil dapatan berkenaan adalah daripada usaha proaktif Unit SDT, Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) dan Jabatan Hal Ehwal Pengguna (JHEP), Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam menguatkuasakan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151 iaitu memastikan sebarang penggunaan alat sukat dan timbangan bagi tujuan perdagangan hendaklah sah, tepat dan berdaftar dengan Unit SDT serta Akta Kawalan Harga, Penggal 142 iaitu memastikan kepatuhan peniaga ke atas barangan yang dikawal harga dan memastikan barangan yang dijual dipaparkan tanda harga dengan jelas dan tidak mengelirukan.

    Unit SDT menegaskan para pemilik alat sukat dan timbang untuk mendaftarkan alat-alat berkenaan sebelum diguna pakai dalam apa jua aktiviti yang melibatkan perdagangan.

    JPES menasihatkan para peniaga di negara ini, supaya sentiasa peka dan mematuhi undang-undang yang sedia ada. Ini adalah penting dalam membantu negara membangunkan persekitaran perniagaan berdaya tahan dan mampan melalui mempraktikkan perniagaan yang wajar dan beretika.

    Pada masa yang sama, JPES juga memberigakan kepada peniaga mengenai Penetapan Harga Maksimum Bermusim (PHMB) yang telah dilaksanakan mulai 1 Ramadan lalu.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi agensi-agensi berkenaan iaitu Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn atau talian 2334092 dan Jabatan Hal Ehwal Pengguna melalui Talian Darussalam 123, aplikasi mudah alih PenggunaBijak atau e-mel kepada aduanpengguna@jpes.gov.bn.

    Para pegawai semasa menjalankan pemeriksaan di salah sebuah premis di Seria.
    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan tugasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...