Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dalam sama-sama memohon rahmat Ilahi bagi mengenang jasa baik para jururawat dan bidan yang telah kembali ke rahmatullah, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) telah menganjurkan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, baru-baru ini.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis bersempena Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa 2023 itu ialah Pengarah Eksekutif Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC), Dr Haji Mazrul Adimin bin Haji Awang Besar; dan Timbalan Pengarah Perubatan JPMC, Dr Muhd Hiza Wardy bin Haji Abdul Halim.
Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian wakaf berupa dispenser air dengan penyelenggaraan tahunan selama lima tahun kepada Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/05/P6-4JPMC-2-PaperWEB_15052023.jpg)