Wednesday, December 4, 2024
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPS, Perbadanan Labuan teruskan usaha bersih Sg Gersik

    LABUAN, 1 OGOS – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan dan Perbadanan Labuan (LC) terus giat menjalankan usaha bagi membersihkan Sungai Gersik yang tercemar. 

    Pengarah JPS Labuan Juniaddi Awang Tuah memberitahu Bernama terdapat rancangan untuk membina pintu kawalan air pasang bagi menghalang air laut melimpah semula ke dalam sungai ketika air pasang.

    Beliau berkata penduduk penem-patan kampung air menafikan bahawa mereka membuang sampah ke dalam sungai dan air pasang dikatakan sebagai punca pencemaran tersebut.

    Katanya, pembersihan secara gotong-royong juga kurang berkesan.

    Menurut Junaiddi, satu program pembersihan sungai yang melibatkan penduduk kampung akan diadakan sebelum hujung tahun ini. 

    Katanya benteng balak telah dipasang di sungai itu dan ia menunjukkan sampah sarap datang daripada muara dan kawasan penempatan air.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata pembuangan sisa sewenang-wenangnya ialah punca utama pencemaran Sungai Gersik. – Bernama

    Keadaan sekitar Sungai Gersik di Kampung Gersik dicemari dengan sampah-sarap akibat daripada segelintir masyarakat penempatan atas air yang mengamalkan sikap membuang sampah ke dalam sungai berkenaan. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda