Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    JSS terima kunjungan penghulu, ketua kampung

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Jabatan Sekolah-sekolah (JSS), Kementerian Pendidikan telah menerima kunjungan lawatan kerja penghulu dan ketua-ketua kampung Mukim Kota Batu, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin. Majlis perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat JSS, Bangunan Kondominium, Jalan Ong Sum Ping, di ibu negara.

    Kedatangan rombongan yang diketuai oleh Penghulu Mukim Kota Batu, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis telah disambut oleh Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat), JSS, Haji Mohd Sharifuddin bin Haji Mohd Salleh dan Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Profesional), JSS, Dayang Marina Chek binti Bujang selaku Pengerusi Bersama Majlis.

    Perjumpaan itu turut dihadiri sama oleh ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit dan pegawai-pegawai kanan di JSS. Menurut kenyataan yang diterima, lawatan kerja tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui perkembangan pendidikan pada masa ini, mengetahui kemajuan sekolah-sekolah dan permasalahan, bertukar pandangan dan buah fikiran serta bersuai kenal dengan pegawai-pegawai di jabatan tersebut.

    Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat) menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Awang Naim.
    Pemangku Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan (Korporat) menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Awang Naim.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda