BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Julkarnain bin Haji Husin daripada Pasukan SA Bladers (SA) muncul juara pertandingan Beyblade X 2 on 2 apabila berjaya menewaskan rakan sepasukan iaitu Muhammad Luqman bin Haji Kamaludin dalam perlawanan akhir Beyblade X yang diadakan di Teratak DBos, Kampung Panchor Mengkubau.
Tempat ketiga disandang oleh Mimi Nazuwan bin Ibrahim daripada Pasukan Jakusha Bladers (JB) setelah menewaskan Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada Pasukan DBos Beys (DB) sekali gus menduduki tempat keempat.
Manakala pemenang sagu hati lapan teratas dimenangi Julkarnain, Aediesopian bin Haji Ismail, Mimi Nazuwan dan Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada JB.
Dalam perebutan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan JB melebarkan jurang dengan memperoleh 254 mata diikuti Pasukan DBos Beys 209 mata, Pasukan SA Bladerz 184 mata dan Pasukan Undergroundz X memperoleh 122 mata.
