Tuesday, April 30, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Jumlah penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang

    JAKARTA, 17 April – Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang telah beroperasi selama enam bulan hari ini merekodkan 2.56 juta penumpang, kata PT Kereta Cepat Indonesia-China (KCIC), sebuah konsortium usaha sama antara firma Indonesia dan China yang membina dan mengendalikan HSR, lapor Xinhua.

    Menurut KCIC, sejak operasi komersial rasminya sekitar pertengahan Oktober tahun lepas, kereta api itu telah mengendalikan 7,050 perjalanan dengan jarak lebih 1.26 juta kilometer.

    Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang telah melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000. Jumlah penumpang tertinggi dalam sehari ialah 21,537 manakala kadar penghunian tempat duduk harian tertinggi 99.6 peratus.

    KCIC berkata ia menggunakan sepenuhnya pengalaman China mengendalikan kereta api berkelajuan tinggi untuk menjalankan pengurusan operasi dan penyelenggaraan, dalam usaha memastikan kelancaran operasi kereta api dan keselamatan penumpang.

    Selain itu, untuk memenuhi keperluan penumpang dengan lebih baik, dasar tambang dinamik diperkenalkan, jadual operasi dioptimumkan dan kemudahan di stesen kereta api diperbaiki, tambahnya.

    HSR yang merupakan yang pertama seumpamanya di Indonesia dan Asia Tenggara, merekodkan dua juta penumpang pada awal Mac, menurut data rasmi.

    Timbalan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Septian Hario Seto berkata kereta api itu telah merevolusikan perjalanan antara Jakarta dan Bandung iaitu peralihan daripada berasaskan lebuh raya kepada kereta api.

    “Saya yakin pada masa akan datang, corak mobiliti kita akan berkembang daripada pengangkutan individu kepada pendekatan berorientasikan pengangkutan massa yang lebih besar,” kata Seto.

    Dengan kelajuan reka bentuk 350 kilometer sejam, laluan HSR sepanjang 142.3 kilometer itu memendekkan perjalanan antara ibu negara Indonesia, Jakarta ke Bandung di wilayah Jawa Barat daripada lebih tiga jam kepada kira-kira 40 minit. – Bernama

    Penumpang berjalan di platform Stesen Halim di Jakarta, Indonesia pada 25 Disember 2023. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...