Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jun Hao gembira tewaskan Shi Feng

    KUALA LUMPUR, 15 JAN – Pemain perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao, gembira selepas berjaya menewaskan lawan dari China, Li Shi Feng, pada Terbuka India 2025, semalam.

    Pemain yang berada di ranking ke-28 dunia berkata kesabarannya dalam permainan membuahkan hasil, memandangkan rekod pertemuan mereka sebelum ini, tidak berpihak kepadanya.

    “Sudah tentu kemenangan ini sangat bermakna kerana sebelum ini, saya tidak pernah menang melawan dia (Shi Feng).

    “Shi Feng adalah lawan yang sukar, dari segi fizikal dan pukulan strok yang kuat, banyak membuat serangan serta serba boleh. Saya hanya melakukan apa yang boleh dan bermain sebaiknya,” katanya menerusi rakaman audio yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media.

    Semalam, Jun Hao melakar kejutan apabila menewaskan pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 itu dalam perlawanan tiga set 18-21, 21-17, 21-17 untuk mara ke pusingan kedua.

    Pemain berusia 25 tahun itu akan bertemu seorang lagi pemain China, Weng Hongyang, esok, bagi menempah tempat ke peringkat lapan terakhir.

    Berhubung pertembungan esok, Jun Hao berkata walaupun lawan dari China itu sukar untuk ditewaskan, namun beliau akan memberi tumpuan kepada proses pemulihan dan meningkatkan rentak permainan untuk menempatkan diri ke lapan terakhir.

    Sementara itu, pasangan beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei teruja selepas mencapai ranking tertinggi dalam kerjaya mereka, apabila melonjak ke kedudukan ketiga dunia. – Bernama

    Aksi Jun Hao ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 7 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda