Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Junta gesa PBB cari pendekatan lain

    NAYPYIDAW, 18 OGOS – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa mencari dan ‘mengkaji semula pendekatannya’ untuk menyelesaikan krisis di Myanmar selepas rampasan kuasa, kata Menteri Luar Myanmar kepada Utusan Khas PBB ke negara itu pada lawatan pertamanya kelmarin.

    “Dalam pertemuannya dengan utusan PBB, Noeleen Heyzer semalam, Menteri Hal Ehwal Luar Myanmar menyeru badan dunia itu untuk ‘secara konstruktif dan pragmatik mengkaji semula pendekatannya dalam kerjasama dengan Myanmar’, kata kementerian itu.

    Dalam satu kenyataan, Heyzer menjelaskan beliau juga bertemu dengan ketua junta, Min Aung Hlaing dan menggesa agar keganasan dihentikan serta-merta dan pembebasan semua tahanan politik.

    Beliau juga membuat permintaan untuk bertemu dengan pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, yang ditahan sejak rampasan kuasa tentera dan dijatuhkan hukuman penjara enam tahun lagi pada Isnin lalu.

    Menurut kumpulan hak asasi tempatan, lebih 2,200 orang terbunuh dan lebih 15,000 ditangkap dalam tindakan keras tentera terhadap kumpulan yang berbeza pendapat sejak Februari lalu.

    Suu Kyi berdepan penjara 10 tahun jika disabitkan dengan tuduhan di mahkamah junta.

    Junta itu yang dikenakan sekatan barat dan terpencil di pentas dunia, sebelum ini menuduh PBB campur tangan dalam hal ehwal dalamannya.

    Bulan lalu, junta mencetuskan kecaman antarabangsa yang diperbaharui apabila ia melaksanakan hukuman mati ke atas bekas ahli Parlimen dari parti Liga Demokrasi Kebangsaan yang sama dengan Suu Kyi, Phyo Zeya Thaw, atas kesalahan mengikut undang-undang antikeganasan.

    Pejabat Heyzer berkata, pemimpin itu ‘secara langsung menggesa’ ketua junta, Min Aung Hlaing ‘untuk mengenakan moratorium ke atas semua hukuman mati pada masa hadapan’. – AFP

    Gambar serahan oleh junta Myanmar menunjukkan Utusan Khas PBB, Noeleen Heyzer dan Jeneral Min Aung Hlaing semasa pertemuan di Nayptiwaw. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...