Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Junta kuatkuasakan Undang-undang Perkhidmatan Tentera Rakyat

    YANGON, 11 FEB – Junta menguatkuasakan undang-undang bagi membenarkan tentera memanggil semua lelaki berumur 18-35 dan wanita berumur 18-27 untuk berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun, katanya kelmarin, ketika ia bergelut untuk menumpaskan tentangan terhadap rampasan kuasa 2021 .

    Negara Asia Tenggara itu bergolak sejak pengambilalihan tentera pada Februari tahun itu, yang menamatkan percubaan 10 tahun dengan demokrasi dan mencetuskan protes besar-besaran dan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.

    Tiga tahun kemudian, Junta sedang bergelut untuk menumpaskan penentangan bersenjata yang meluas terhadap pemerintahannya dan baru-baru ini mengalami beberapa siri kekalahan yang menakjubkan kepada pakatan kumpulan bersenjata etnik minoriti.

    Junta telah ‘mengeluarkan pemberitahuan keberkesanan Undang-undang Perkhidmatan Tentera Rakyat bermula dari 10 Februari 2024,’ kata pasukan maklumat Junta dalam satu kenyataan.

    Undang-undang itu telah dibuat oleh Junta sebelumnya pada 2010 tetapi tidak pernah dikuatkuasakan.

    Kenyataan kelmarin itu tidak memberikan butiran lanjut tetapi berkata Kementerian Pertahanan Junta akan ‘mengeluarkan undang-undang kecil, prosedur, perintah pengumuman, pemberitahuan dan arahan yang diperlukan.’

    Ia tidak memberikan butiran tentang bagaimana mereka yang dipanggil dijangka berkhidmat.

    Junta sebelum ini berkata ia sedang mengambil langkah untuk mempersenjatai tentera penyokong militia ketika ia memerangi lawan di seluruh negara.

    “Sistem perkhidmatan ketenteraan negara yang melibatkan semua orang adalah penting kerana situasi yang berlaku di negara kita,” kata jurucakap Junta, Zaw Min Tun, dalam mesej audio yang dikeluarkan oleh pasukan maklumat.– AFP

    Gambar fail menunjukkan pegawai tentera berarak semasa perarakan untuk memperingati Hari Angkatan Tentera Myanmar ke-78 di Naypyitaw, Myanmar, pada 27 Mac 2023. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...