Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Kajian: Satu perlima warga emas Jepun tinggal bersendirian pada 2050

    TOKYO, 14 APRIL – Menjelang 2050, satu dalam lima isi rumah di Jepun akan menjadi warga emas yang tinggal bersendirian, ketika Jepun berusaha mencari cara yang berkesan untuk menjaga penduduknya yang semakin menua itu, lapor satu kajian hari ini.

    Seramai 10.8 juta warga emas akan tinggal bersendirian, membentuk 20.6 peratus daripada semua isi rumah menjelang 2050, kata Institut Penyelidikan Penduduk dan Keselamatan Sosial Negara dalam unjuran yang dikeluarkan setiap lima tahun.

    Ia menandakan peningkatan sejak 2020, apabila 7.37 juta warga emas, atau 13.2 peratus daripada semua isi rumah, tinggal bersendirian.

    Unjuran itu keluar apabila orang muda Jepun menangguhkan perkahwinan atau memilih untuk tidak mempunyai anak kerana mereka tidak mampu berbuat demikian.

    Krisis populasi warga emas yang semakin meningkat ini membawa kepada kos perubatan dan kebajikan yang melambung tinggi serta tenaga buruh yang semakin berkurangan untuk membayarnya.

    Ramai warga emas kini mempunyai anak atau adik-beradik yang boleh menjaga me-reka, walaupun jika mereka tinggal bersendirian, kata institut itu.

    “Bagaimanapun, mulai 30 tahun dari sekarang, kadar bilangan isi rumah warga emas yang tiada anak untuk menjaga mereka dijangka meningkat, dan jumlah adik-beradik warga emas berkenaan juga akan berkurangan,” demikian menurut kajian tersebut. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...