Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Kami masih pasukan yang hebat’

    DOHA, 1 DIS – Kapten Denmark, Simon Kjaer menegaskan bahawa Denmark masih lagi merupakan pasukan yang hebat walaupun kalah 1-0 kepada Australia yang telah menyingkirkan mereka pada peringkat kumpulan.

    Denmark yang berbangga dapat sertai Piala Dunia, telah mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam Kejohanan Europa tahun lepas dan mengalahkan juara dunia, Perancis dalam Liga Negara-Negara EUFA.

    Namun mereka terpaksa keluar dari kejohanan dengan rasa amat malu, berada di kedudukan tercorot dalam Kumpulan D dengan hanya satu mata dan satu gol.

    “Kami tidak bermain sebagai satu pasukan,” kata Kjaer, yang terlepas peluang beraksi pada Rabu kerana mengalami kecederaan.

    “Sangat kecewa tetapi ini adalah sebahagian daripada bola sepak. Kami sangat bergaya semasa aksi Euro, tapi sekarang kami berasa sungguh malu.

    “Kami perlu terima hakikat ini. Kami perlu terima kekalahan ini. Kami adalah pasukan yang hebat, berkualiti tinggi dan kami perlu belajar daripada kesilapan kali ini.”

    Denmark merupakan salah satu pasukan yang meninggalkan rancangan untuk memakai lilitan pelangi di lengan selepas diugut akan dikenakan tindakan oleh badan induk bola sepak dunia, FIFA.

    Namun Kjaer berkata pasukannya mempunyai kekuatan mental yang bagus.

    “Saya dapat lihat semangat berkobar-kobar daripada pasukan saya, jadi saya percaya kami boleh melakukannya.

    “Kami hanya tersilap langkah. Kami tidak berjaya mempamerkan aksi terbaik. Namun tanggapan saya terhadap kualiti pasukan tetap tidak berubah.

    “Kami masih lagi sebuah pasukan yang hebat dan kami mempunyai banyak kualiti. Kami menang sebagai satu pasukan, dan kalah sebagai satu pasukan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...