DARI botol plastik yang dibuang dan pembungkus sehinggalah najis lembu yang mengotori jalan-jalan utama seperti Delhi, sampah adalah suatu masalah terbesar di India, tetapi berlainan dengan sebuah kampung kecil Mawlynnong.
Penduduk di sana mempunyai sifar toleransi terhadap sampah dan menghabiskan kebanyakan masa mereka untuk memastikan setiap inci persegi kampung mereka itu sentiasa bersih.
Mawlynnong pertama kali menjadi tajuk berita pada tahun 2003, apabila seorang wartawan dari Discover Magazine menyebutnya sebagai ‘kampung paling bersih di Asia’. Selepas mendengar mengenai tempat di mana semua orang, dari kanak-kanak muda sehinggalah golongan tua, telah berdedikasi untuk mengekalkan kawasan perkampungan itu sentiasa bersih sepenuhnya, dia memutuskan untuk menyiasat, dan merasa sangat kagum dengan apa yang dia saksikan semasa dia menetap di sana. Baginya, Mawlynnong sememangnya layak mendapatkan gelaran kampung terbersih di seluruh Asia. Artikelnya telah menarik banyak perhatian kepada komuniti itu yang dianggarkan sekitar 600 orang, yang terletak di bahagian negeri Meghalaya India. Pengunjung dari seluruh dunia mula melakukan perjalanan ke sana untuk melihat contoh kebersihan yang ditonjolkan dengan mata mereka sendiri.
Semuanya ini kedengaran seperti gimik pemasaran yang pintar untuk menarik pelancongan, tetapi Mawlynnong adalah lebih daripada itu. Selagi penduduk tempatan sentiasa beringat, menjaga kebersihan dan kecantikan kampung telah menjadi keutamaan setiap orang. Tiada seorang pun mengetahui bila sebenarnya obsesi kebersihan ini bermula. Ada yang percaya bahawa ia adalah disebabkan oleh penyebaran penyakit kolera, kira-kira 130 tahun yang lalu, apabila kebersihan adalah amat digalakkan untuk menghentikan penyakit itu daripada tersebar, sementara yang lain memberi pujian kepada masyarakat tradisi matrilineal tempatan Khasi, di mana peranan dominan wanita sebagai pemacu utama untuk kebersihan dan sanitasi. Namun, satu perkara yang pasti, nilai-nilai ini telah diturunkan dari orang tua mereka kepada golongan muda, dari generasi ke generasi lamanya.
Anda mungkin tertanya-tanya betapa bersihnya Mawlynnong sebenarnya, bukan? Ia benar-benar bersih, berkat daripada sistem yang sangat mudah tetapi berkesan yang melibatkan semua orang dalam satu komuniti. Setiap pagi, semua kanak-kanak di kampung itu membawa penyapu teasel dan menyapu kotoran dan daun-daun jatuh yang berada di jalan – tidak lebih dari itu – sebelum pergi ke sekolah. Mereka juga bertanggungjawab untuk mengosongkan bakul-bakul sampah buluh dan memisahkan sisa itu menjadi bahan organik, plastik boleh guna dan sampah yang boleh dibakar.
Daun-daun terkumpul pula ditanam di dalam sebuah lubang besar dan menjadikannya sebagai kompos, kebanyakan plastik diguna semula oleh masyarakat, dan selebihnya dibakar di pinggir kampung. Merokok dan penggunaan plastik sebenarnya dilarang di kampung tersebut, tetapi sesetengah plastik berakhir di sampah, daripada pelancong-pelancong.
Mereka ini juga yang kadang-kadangnya membuang sampah, namun penduduk tempatan tidak pernah memarahi mereka. Sebaliknya, mereka mengutipnya dan memastikan rumah mereka sentiasa tetap bersih.
Mawlynnong adalah salah satu komuniti India yang paling sedikit di mana setiap isi rumahnya mempunyai tandas sendiri, menjadikan pembuangan terbuka bukanlah satu masalah.
Hampir keseluruhan kampung itu dijana dengan tenaga bersih, kebanyakannya tenaga suria, dan menggaji sepasukan tukang kebun khas bagi memastikan bunga-bunga senantiasa cantik dan tumbuh-tumbuhannya mekar indah yang mengelilingi jalan dan lorong-lorong yang mana dijaga dengan baik.
Dan bukan hanya kawasan awam Mawlynnong sahaja yang sangat bersih dan kemas. Perkara yang sama juga berlaku pada setiap isi rumah di kampung itu, seperti dipetik daripada laporan BBC.
Kepentingan kebersihan sangat meresap dalam jiwa masyarakat di sana dan mejadikannya sebagai satu amalan dalam segala hal agar ianya diterapkan kepada semua orang.