Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kane kembali jalani latihan kecergasan individu

    MUNICH, 5 DIS – Penyerang Bayern Munich, Harry Kane, telah kembali menjalani latihan kecergasan individu dalam usaha untuk pulih daripada kecederaan hamstring, menurut kenyataan kelab hari ini.

    “Selamat kembali ke padang, Harry Kane!” kata Bayern.

    Kane terlepas aksi Piala Jerman pertengahan minggu menentang Bayer Leverkusen selepas mengalami kecederaan pada separuh masa pertama dalam perlawanan 1-1 dengan Borussia Dortmund pada Sabtu.

    Pada Ahad, Bayern mengesahkan Kane mengalami kecederaan hamstring kanannya dan akan berehat buat sementara waktu.

    Jurulatih Bayern, Vincent Kompany berharap penyerang bintangnya itu dapat kembali bermain sebelum akhir tahun ini.

    Kane, kapten pasukan England, dilihat menyaksikan dari tempat duduk penonton di Allianz Arena ketika Bayern tewas 1-0 kepada Leverkusen dalam pusingan 16 Piala Jerman.

    Pemain berusia 31 tahun itu tiba di Munich pada musim panas 2023 dengan sejarah kecederaan buku lali tetapi hanya terlepas dua perlawanan untuk kelab sehingga kecederaan hamstring tersebut.

    Kane telah menjaringkan 20 gol dalam 19 perlawanan untuk Bayern musim ini. – AFP

    Harry Kane duduk di atas padang selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan Bundesliga Jerman antara Borussia Dortmund dan Bayern Munich di Signal-Iduna Park, Dortmund, Jerman, pada 30 November. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda