Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Kanibal Kobe’ meninggal dunia

    TOKYO, 2 DIS – Issei Sagawa, seorang pembunuh Jepun yang tidak pernah dipenjarakan, dikenali sebagai ‘Kanibal Kobe’ kerana membunuh dan memakan mangsanya iaitu seorang pelajar Belanda, meninggal dunia pada usia 73 tahun.

    Sagawa meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 24 November lalu dan dikebumikan dalam upacara ringkas yang hanya dihadiri oleh saudara-mara, kata adik lelakinya dan seorang rakannya dalam satu kenyataan.

    Pada 1981, Sagawa sedang belajar di Paris apabila dia menjemput pelajar Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya.

    Dia menembak pelajar itu di leher, merogolnya, dan kemudian memakan bahagian badannya selama beberapa hari.

    Sagawa kemudian cuba membuang mayat mangsa di taman Bois de Boulogne dan ditangkap beberapa hari kemudian, selepas mengaku jenayahnya kepada polis.

    Namun, pada 1983 dia dianggap tidak layak untuk dibicarakan oleh pakar perubatan Perancis dan ditahan di sebuah institusi psikiatri sebelum dihantar pulang ke Jepun pada 1984.

    Namun, ketika ketibaannya di Jepun, dia diisytiharkan waras oleh pihak berkuasa Jepun, yang memutuskan Sagawa menghadapi masalah ‘anomali peribadi’ dan tidak perlu dimasukkan ke hospital.

    Pihak berkuasa Jepun tidak mendapatkan fail kes dari pihak Perancis dan menganggap kes itu tutup dan pembunuh itu bebas. – AFP

    Gambar fail bertarikh 5 Februari 1992 menunjukkan Issei Sagawa tersenyum ketika dia bertemu dengan wartawan AFP di pangsapurinya di Yokohama. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda