Thursday, April 24, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kantoi curang, Goo Chan buat keputusan tinggalkan dunia seni

    Nama penyanyi Hong Kong iaitu Goo Chan hangat diperkatakan warganet selepas kantoi curang di belakang teman wanitanya yang dikenali sebagai Samantha.

    Memetik laporan Korea Boo, kecurangan itu terbongkar selepas Samantha menyerang Goo Chan, 27, ketika penyanyi itu bersama kekasih baharu yang masih berusia 18 tahun.

    Lebih memalukan lagi, video pertengkaran mereka tular di media sosial dan menjadi bualan warganet.

    Tidak lama selepas itu, Goo Chan tampil dalam satu kenyataan di media sosial, mengaku menyakiti Samantha sekali gus memohon maaf atas kecurangan yang dilakukan.

    Malah dia juga mengumumkan pengunduran dirinya dari industri seni buat selamanya.

    Goo Chan mengaku kesalahan yang dilakukan dengan terbuka. – commons.wikimedia.org

    “Saya mohon maaf kepada Samantha kerana sudah mengecewakan dia walaupun dia sangat menyayangi saya selama tujuh tahun ini.

    “Sejak saya tiada mempunyai apa-apa, awak sentiasa menyokong saya tapi saya pula tidak menghargai pengorbanan awda.

    “Saya akan bertanggungjawab dengan perbuatan saya dan mengundur diri dari industri ini,” luahnya.

    Untuk rekod, Goo Chan dan Samantha sudah tujuh tahun menjalinkan hubungan cinta.

    Namun pada Februari lalu, pasangan itu mengemas kini status hubungan mereka di media sosial kepada bujang menjadi perhatian peminat. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda