Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kapal bawa muatan 16,000 kambing biri-biri tenggelam

    KHARTOUM, 13 JUN – Sebuah kapal yang sarat dengan muatan sekitar 16,000 ekor kambing biri-biri tenggelam kelmarin di luar pantai Laut Merah, Sudan, mengorbankan hampir kesemua haiwan di dalamnya tetapi anak kapal terselamat.

    Seorang pegawai pelabuhan berka-ta, kapal itu selesai memuatkan ternakan di pelabuhan Suakin di laut Merah, Sudan untuk dibawa ke Arab Saudi, apabila ia mula tenggelam ketika meninggalkan dermaga.

    “Kapal Badr 1 tenggelam pada awal pagi kelmarin, ia membawa 15,800 ekor biri-biri, yang melebihi had muatan.

    “Kapal ini sepatutnya hanya dibenarkan membawa 9,000 ekor kambing,” kata seorang pegawai kanan pelabuhan Sudan, yang enggan namanya disiarkan. Ketua persatuan pengeksport kebangsaan Sudan, Omar al-Khalifa, berkata kapal berkenaan mengambil masa beberapa jam sebelum tenggelam sepenuhnya di dermaga dan berpendapat masa mencukupi bagi menyelamatkan semua ternakan.

    Sementara itu, ketua bahagian ternakan kesatuan terbabit, Saleh Selim, berkata, jumlah keseluruhan kambing biri-biri yang dihantar dari pelabuhan Suakin adalah sekitar 14 juta riyal Arab Saudi.

    “Pemilik ternakan hanya berjaya menyelamatkan sekitar 700 ekor kambing biri-biri tetapi kebanyakannya di dapati sakit dan dijangka tidak akan hidup lama,” katanya. Seorang lagi pegawai pelabuhan, yang mengesahkan bahawa semua anak kapal diselamatkan, menyuarakan kebimbangan mengenai kesan ekonomi dan alam sekitar akibat tragedi itu.

    “Kapal karam itu akan menjejaskan operasi pelabuhan, ia juga mungkin akan memberi kesan kepada alam sekitar kerana kematian sejumlah besar haiwan yang dibawa oleh kapal berkenaan,” kata pegawai terbabit. – AFP

    Seekor kambing biri-biri diselamatkan selepas kapal Badr 1 yang dipenuhi ribuan haiwan, karam di pelabuhan Laut Merah Suakin di Sudan, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...