Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kapal tangki minyak diminta bayar kos kebakaran

    COLOMBO, 2 OKT – Sri Lanka tidak akan membenarkan sebuah kapal tangki minyak yang didaftar di Panama yang terkandas di pantai meninggalkan perairannya sehingga pemilik kapal membayar bil memadamkan kebakaran berjumlah AS$2 juta, kata pegawai kerajaan.

    Kapal New Diamond, membawa 270,000 tan minyak mentah, sedang dalam perjalanan dari Kuwait ke India apabila letupan sebuah bilik enjin pada 3 September membunuh seorang kru Filipina dan mencetuskan kebakaran besar.

    Anggota bomba dari Sri Lanka dan India bergelut memadamkan api di kapal, yang kini diikat kepada sebuah kapal tunda dan dikawal oleh kapal tentera laut Sri Lanka kira-kira 140 kilometer dari timur pulau Lautan India.

    Sumber rasmi berkata pemilik kapal tangki telah merancang untuk menunda kapal itu ke Emiriah Arab Bersatu.

    Namun Agensi Perlindungan Alam Sekitar Marin Sri Lanka (MEPA) berkata semalam kapal itu hanya boleh meninggalkan pantai selepas membayar bil AS$2.38 juta untuk usaha memadamkan kebakaran dan pampasan untuk pencemaran laut.

    Minggu lalu, Sri Lanka berkata pemilik kapal tangki, Porto Emporios Shipping Inc, telah bersetuju untuk membayar kos memadam kebakaran, tetapi semalam mengumumkan tidak ada bayaran yang telah diterima. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda