Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kapsul bawa haiwan dilancar ke orbit

    TEHRAN, 6 DIS – Iran mengumumkan hari ini mereka telah menghantar sebuah roket berbentuk kapsul ke orbit yang membawa binatang sebagai persediaan bagi misi manusia pada tahun-tahun akan datang.

    Menurut laporan dari agensi berita rasmi IRNA, Menteri Telekomunikasi, Isa Zarepour berkata kapsul itu dilancarkan ke orbit sejauh 130 kilometer.

    Zarepour mengatakan pelancaran roket seberat 500 kilogram itu bertujuan menghantar angkasawan Iran ke angkasa pada tahun-tahun mendatang. Beliau tidak menyebut jenis binatang yang berada dalam roket tersebut.

    Televisyen negara menunjukkan rakaman roket yang diberi nama Salman membawa kapsul ke angkasa.

    Iran kadangkala mengumumkan kejayaan pelancaran satelit dan kapal angkasa lain. Pada bulan September, Iran mengatakan ia telah menghantar satelit pengumpul data ke angkasa. Pada tahun 2013, ia menghantar seekor monyet ke angkasa dan berjaya membawanya kembali.

    Iran menyatakan program satelitnya adalah untuk penyelidikan saintifik dan aplikasi awam lain. Amerika Syarikat dan negara-negara Barat lain telah lama mencurigai program itu kerana teknologi yang sama boleh digunakan untuk membangunkan peluru berpandu jarak jauh. – AP

    Gambar menunjukkan roket berbentuk kapsul yang membawa haiwan dilancarkan dari lokasi yang tidak didedahkan ke orbit pada 6 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...