Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Penduduk berisiko racuni diri sendiri untuk bunuh pepijat

    PARIS, 6 DIS – Penduduk yang kini berusaha membasmi wabak pepijat di Perancis berhadapan risiko meracuni diri sendiri berikutan penggunaan racun serangga haram, menurut pihak berkuasa Paris kelmarin.

    Pemeriksaan mendapati orang ramai menggunakan produk Sniper 1000 EC DDVP yang diharamkan pada 2013, menurut Agensi Kesihatan dan Keselamatan Makanan, Alam Sekitar dan Pekerjaan (ANSES), lapor agensi berita Jerman, dpa.

    ANSES melaporkan bahawa 206 orang mengalami keracunan antara Januari 2018 dan Jun tahun ini. Produk itu boleh menyebabkan penyakit apabila tersentuh atau tertelan, bahkan boleh menyebabkan kematian jika dihidu.

    Laporan dengan gambar pepijat di pawagam, pengangkutan awam dan kawasan lain tular di media sosial di Perancis pada musim panas.

    ANSES melaporkan bahawa penyebaran serangga itu semakin meluas sejak tahun kebelakangan ini. Kira-kira 11 peratus daripada isi rumah terjejas antara 2017 dan 2022, katanya.

    Pepijat merupakan serangga yang mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap hampir kesemua racun serangga dalam pasaran dan boleh dihapuskan menggunakan haba, stim atau pembekuan.

    Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan profesional sebagai langkah terakhir. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...