Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kapsul Peregrine dijangka terhempas ke bumi

    WASHINGTON, 18 JAN – Kapsul kapal angkasa Peregrine dijangka terhempas ke bumi secara terkawal hari ini selepas ia gagal melakukan pendaratan komersial pertama di bulan, lapor agensi akhbar Jerman (dpa).

    Syarikat Astrobotic yang berpangkalan di Pittsburgh berkata kapal angkasa itu sepatutnya terbakar di atmosfera bumi di Pasifik Selatan kira-kira 1,000 kilometer (km) utara New Zealand, pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat (2100 GMT Khamis).

    Satu sidang media bersama mengenai perkara itu dengan agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) NASA dijangka diadakan pada Jumaat.

    Misi persendirian Peregrine telah dilancarkan minggu lepas dari pusat angkasa di Cape Canaveral di negeri Florida, AS.

    Bagaimanapun, berlaku masalah sejurus selepas pelancaran, termasuk kegagalan dalam sistem pendorong yang menyebabkan kepada kebocoran bahan api.

    Kapsul itu sepatutnya mendarat di bulan pada Februari di kawasan yang dipanggil Sinus Viscositatis sekali gus melengkapkan pendaratan pertama tanpa pemandu di bulan oleh AS sejak misi Apollo lebih 50 tahun lalu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...