Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kardinal adakan sidang papal pada 7 Mei

    LONDON, 29 APRIL – Vatican mengumumkan kelmarin para kardinal dari seluruh dunia akan berkumpul pada bulan depan dalam satu sidang rahsia bagi memilih paus baharu susulan pemergian Paus Francis.

    Perhimpunan tertutup itu dijadual bermula pada 7 Mei di dalam Gereja Kecil Sistine dan akan melibatkan sekitar 135 kardinal, lapor agensi Anadolu.

    Proses pemilihan yang berakar umbi dalam tradisi berabad-abad itu diadakan selepas Paus Francis meninggal dunia pada Isnin.

    Upacara pengebumiannya telah diadakan pada Sabtu.

    Tiada tempoh rasmi ditetapkan bagi berapa lama sidang itu akan berlangsung, namun dua pemilihan paus sebelum ini pada 2005 dan 2013, masing-masing diselesaikan dalam tempoh dua hari. – Bernama

    Basilika St. Peter kelihatan di latar belakang ketika seorang kardinal tiba untuk mesyuarat kolej kardinal, di Vatican, pada 28 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda