Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kata-kata semangat, doa buat Harimau Malaya

    KUALA LUMPUR, 15 JAN – Bahang aksi sulung skuad Harimau Malaya pada pentas Piala Asia 2023 bertemu Jordan berbaki beberapa jam sahaja lagi kian dirasai selepas ciapan peminat bola sepak tanah air mula membanjiri platform media sosial dengan lontaran kata-kata semangat dan harapan menggunung.

    Menerusi tinjauan Bernama, ciapan seperti ‘Ayuh Harimau Malaya,’ ‘Malaysia Boleh’ selain ‘Ekor Harimau Sejati’ oleh rakyat Malaysia serta individu berpengaruh seolah-olah bergema sehingga ke bumi Qatar.

    Aksi anak buah Kim Pan Gon di ranking ke-130 dunia menentang negara Timur Tengah (ranking ke-87) itu menjadi tumpuan rakyat Malaysia setelah skuad negara berjaya menamatkan penantian lebih empat puluh tahun untuk melayakkan diri secara merit ke kejohanan kedua tertua benua di dunia itu.

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam hantaran di laman sosial X menzahirkan harapannya untuk melihat pasukan Harimau Malaya bermain dengan kemas dan sistematik.

    “Peluang Malaysia untuk menang Piala Asia ialah 0.2 peratus. Kalau tengok dalam kumpulan (ranking) kita lebih rendah berbanding pasukan-pasukan lain. Jadi secara realistik, kalau nak curi mata pun cuma dari Jordan dan Bahrain.”

    Bekas Menteri Belia dan Sukan, Reezal Merican Naina Merican, pula menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyatakan sokongan dan berharap kejayaan menjadi milik Harimau Malaya. – Bernama

    Kelab Kompang Qatar bersama penyokong-penyokong Harimau Malaya yang terdiri daripada rakyat Malaysia yang menetap di Qatar bersama-sama memeriahkan suasana kehangatan sebelum pertembungan Malaysia dan Jordan pada perlawanan kumpulan E Piala Asia 2023 di Souq Al Waqif pada 14 Januari. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...