Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kayuh perahu semata-mata beri makan kucing

    RANTAU PANJANG, 27 NOV – Seorang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, sanggup mendayung perahu pulang ke rumah sejauh 100 meter setiap hari semata-mata untuk memberi makan dua ekor kucing kesayangannya yang kelaparan.

    Wan Mohd Jeffri Wan Mazlan, 30, berkata kesemua ahli keluarganya sudah berpindah ke PPS berkenaan, namun dua kucing itu terpaksa ditinggalkan di rumah.

    Dia yang tinggal di Kampung Tersang, di sini berkata rumahnya belum ditenggelami banjir tetapi kawasan sekeliling rumah sudah dinaiki air sedalam kira-kira satu meter.

    “Saya sebenarnya mahu membawa dua kucing yang diberi nama Amat dan Melah ke PPS, tetapi bimbang menganggu orang lain, jadi saya tinggalkan di rumah.

    “Bagaimanapun, saya akan pastikan pulang ke rumah setiap hari bagi menjenguk haiwan kesayangan kami itu sekali gus melihat keadaan rumah yang ditinggalkan,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

    Dalam pada itu, tinjauan ke PPS SK Tok Deh mendapati sebanyak 243 mangsa daripada 84 keluarga berlindung di PPS tersebut iaitu dari Kampung Tok Deh, Tersang dan Bendang Nyior.

    Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Nik Mohamed Noor Nik Ishak berkata keadaan banjir di negeri itu masih terkawal dan kesemua mangsa di kawasan terjejas akur dengan arahan perpindahan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...