Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    KDNK Mongolia berkembang 5.6 peratus pada separuh pertama 2024

    ULAN BATOR, 16 OGOS – Mongolia mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.6 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2024, menurut data yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Negara (NSO).

    KDNK negara Asia itu mencapai AS$11 bilion dalam tempoh itu, menurut data NSO yang dilaporkan oleh Xinhua.

    Pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh sektor perkhidmatan, perlombongan dan kuari, pembinaan, serta cukai bersih ke atas produk, menurut agensi statistik itu.

    Pada 2023, ekonomi Mongolia berkembang sebanyak 7.0 peratus.

    Namun, Bank Pembangunan Asia meramalkan pertumbuhan KDNK akan perlahan kepada 4.1 peratus pada 2024.

    Penurunan itu terutamanya disebabkan oleh cabaran dalam sektor pertanian yang diburukkan lagi oleh keadaan musim sejuk melampau atau dikenali sebagai ‘dzud’.

    Musim sejuk dan musim bunga lepas, ‘dzud’ mengakibatkan kematian lebih 7.1 juta ternakan di seluruh negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda