Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Kebakaran jejaskan kedai kawasan Rimba

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Tempat pembuangan sampah dan sebuah kedai terjejas dalam insiden kebakaran di kawasan Rimba pada 29 April lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, seramai 10 orang anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Rimba, Cawangan Operasi C, yang diketuai oleh Pemangku ASO Awang Shahril bin Abdul Rasid, dikejarkan ke tempat kejadian pukul 2:04 petang.

Kenyataan menyatakan bahawa api besar telah membakar tempat pembuangan sampah dan menjejaskan sebahagian dinding kedai berkenaan akibat terkena bahang api.

Anggota bomba dan penyelamat bertindak memadamkan kebakaran daripada merebak dalam masa 10 minit. Sementara itu, punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku.

JBP turut menyarankan orang ramai supaya memastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2kg dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik serta memastikan bahan mudah terbakar ditempatkan di kawasan yang bersesuaian.

Kebakaran di tempat pembuangan sampah turut merosakkan sebahagian dinding kedai dalam kejadian yang berlaku di kawasan Rimba pada 29 April lalu. – Gambar serahan JBP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -