Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kebakaran restoran di China ragut 22 nyawa, tiga cedera

    BEIJING, 29 APRIL – Kebakaran di sebuah restoran di Bandar Liaoyang, kira-kira 580 kilometer ke timur laut Beijing, mengorbankan 22 nyawa dan mencederakan tiga orang hari ini, lapor stesen penyiaran negara CCTV.

    “Kebakaran berlaku pada pukul 12:25 tengah hari pada 29 April,” kata CCTV.

    “Sehingga pukul 2:00 petang, insiden ini telah menyebabkan 22 kematian dan tiga kecederaan,” tambahnya.

    Presiden Xi Jinping berkata kebakaran itu mengakibatkan ‘kerosakan besar’ dan pengajaran daripadanya adalah sangat serius, menurut laporan CCTV.

    Xi menyeru usaha dilakukan untuk merawat mangsa yang cedera, mengendali mangsa yang meninggal, memberikan sokongan kepada keluarga mereka, segera tentukan punca kebakaran dan memburu mereka yang tidak bertanggungjawab.

    Rakaman yang dikongsi dalam talian dan disahkan oleh AFP menunjukkan api yang marak menjilat restoran dua tingkat dan asap hitam tebal menjulang ke udara.

    Video lain yang disahkan diterbitkan di Douyin, versi TikTok di China, menunjukkan paramedik membawa seorang mangsa di atas pengusung ke dalam ambulans dan beberapa anggota bomba berusaha memadamkan api dengan hos.

    Kebakaran teruk biasa berlaku di China disebabkan oleh kod bangunan yang longgar dan pendekatan yang kurang teliti terhadap keselamatan tempat kerja.

    Bulan ini, 20 orang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah orang tua di wilayah Hebei, China Utara. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda