Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Perdana Menteri Palestin letak jawatan

    RAMALLAH, 26 FEB – Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh, hari ini mengumumkan peletakan jawatan kerajaannya yang memerintah sebahagian Tebing Barat yang diduduki, berkata ‘langkah politik baharu’ diperlukan memandangkan realiti yang berubah di Semenanjung Gaza.

    “Saya menyerahkan peletakan jawatan kerajaan kepada Presiden (Mahmud Abbas),” kata Shtayyeh, sambil menambah ia diadakan susulan ‘perkembangan yang berkaitan dengan pencerobohan terhadap Semenanjung Gaza dan peningkatan keganasan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis”.

    Beliau berkata beliau telah mengemukakan peletakan jawatan itu Selasa lalu tetapi secara rasmi menyerahkannya ‘secara bertulis’ pada hari ini.

    Abbas berdepan kemarahan yang semakin meningkat sejak perang meletus pada 7 Oktober antara Israel dan gerakan Islam Palestin, pejuang Hamas, dengan ramai yang mengkritik presiden Palestin itu kerana tidak mengecam serangan Israel secara serius dan peningkatan keganasan di Tebing Barat.

    Sejak 2007, kepimpinan Palestin telah dibahagikan antara Pihak Berkuasa Palestin, Abbas, yang mengamalkan kuasa terhad di Tebing Barat dan pejuang Hamas yang memerintah Semenanjung Gaza.

    Peletakan jawatan kerajaan di Tebing Barat berlaku ketika beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat (AS), telah menggesa pihak berkuasa Palestin yang diperbaharui yang akan mengambil alih semua wilayah Palestin selepas perang di Semenanjung Gaza berakhir.

    “Peringkat dan cabaran seterusnya memerlukan langkah-langkah kerajaan dan politik baharu yang mengambil kira realiti baharu di Semenanjung Gaza,” kata Shtayyeh dalam ucapan ringkas semasa mengumumkan peletakan jawatan beliau.

    Beliau menyeru agar konsensus antara Palestin dan ‘pelanjutan pemerintahan Pihak Berkuasa (Palestin) ke atas seluruh tanah Palestin’. – AP

    Mohammad Shtayyeh (kanan) bertemu dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte di bandar Ramallah, Tebing Barat pada 12 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...