Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Kebersihan tandas awam tanggungjawab bersama

    Baru-baru ini terdapat dua artikel dalam akhbar Media Permata mengenai pemberigaan kesedaran kebersihan tandas awam.

    Di dalam kedua-dua artikel berkenaan menjelaskan betapa pentingnya semua pihak mahupun pengguna, pengurus atau pemilik tandas serta sektor kerajaan untuk memainkan peranan dalam menjaga keselesaan dan kebersihan tandas awam untuk masyarakat khususnya para pelancong yang kian meningkat memasuki negara ini.

    Selain memelihara dan menjaga keadaan tandas awam agar sentiasa bersih, ia juga penting untuk menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria. Melalui kebersihan ini juga dapat melambangkan keperibadian masyarakat sesebuah negara.

    Tidak mustahil para pelancong yang berkunjung akan menilai daripada segi kebersihan tandas awam dan boleh saja mereka memberikan komen negatif yang mungkin disiarkan di media sosial.

    Merujuk semula dua artikel tersebut, Alhamdulillah pihak relevan sudah mula mengerakkan langkah untuk memastikan pihak tertentu terus memulihara tandas-tandas awam. Bagaimanapun, adakah langkah-langkah yang dilakukan tersebut setakat kepada pemilik, pengurus dan sebagainya untuk diberikan kesedaran mengenai kebersihan ini?

    Pada pandangan saya, fokus utama untuk menyemai kesedaran kebersihan tandas ini adalah orang awam iaitu para pengguna itu sendiri. Ini kerana agak mustahil untuk mengatakan pihak pengurus atau pemilik tandas tidak melaksanakan sebarang pemuliharaan dan pembersihan tandas mereka, melainkan pekerja-pekerja yang diarahkan tidak melaksanakan tugas. Tidak dinafikan sikap orang awam ini berbeza, ada yang terdidik dari rumah dengan tanggungjawab menjaga kebersihan dan ada juga yang sebaliknya.

    Baru-baru ini saja, saya sebagai pengunjung di Bandarku Ceria mendapati sebuah tandas awam di Taman SOAS digunakan secara tidak berhemah oleh para pengunjung dan penjaja di sana. Walhal, saya tahu ada pekerja yang ditugaskan untuk membersihkan tandas berkenaan namun sesetengah pengguna tidak bertanggungjawab dan mensia-siakan kemudahan yang diberikan.

    Apa yang menyedihkan lagi, ada sesetengah pengguna membiarkan air paip mengalir.

    Memang tiada sebarang bayaran kemasukan dikenakan, namun adakah wajar untuk kita tidak menghargainya. Justeru adakah pihak relevan perlu mengenakan bayaran masuk bagi mana-mana tandas awam di negara ini?

    Tidak dinafikan pasti ada yang merungut jika dikenakan sebarang caj meskipun harganya dalam jumlah beberapa sen sahaja. Walhal, jika difikirkan dengan dikenakan caj bayaran ini, sedikit sebanyak dapat membantu kewangan untuk membaik pulih atau menambah baik tandas awam.

    Sehubungan itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan pihak kerajaan untuk membantu menjaga kebersihantandas-tandas awam di negara ini demi mengurangkan ancaman pencemaran dan menjaga persekitaran yang lebih bersih serta selamat untuk digunakan oleh para pelancong dan masyarakat umum.

    Pengunjung BKC

    Kebersihan dan penggunaan tandas awam adalah tanggungjawab semua tidak kira pengguna, pengurus atau pemilik tandas serta sektor kerajaan.

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Sharnaaz Ahmad ‘tegur’ duda ikut trend Jamilah

    Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur golongan duda yang terlalu asyik...

    Pelajar Tahun 6 SR YSHHB meriahkan aktiviti selepas PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...