Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kebolehan Nabila Razali berbahasa isyarat dikagumi ramai

    Kebolehan penyanyi Malaysia,Nabila Razali menterjemahkan lagu Raya Mana menggunakan bahasa isyarat membuatkan peminat berasa kagum.

    Memetik laporan mStar, Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, memberitahu beliau tidak mendapat tunjuk ajar secara profesional sebaliknya belajar sendiri bahasa berkenaan menerusi video di YouTube.

    Malah beliau juga tidak keberatan ditegur daripada peminat sekiranya terdapat kesalahan dalam menterjemahkan lagu berkenaan dalam bahasa isyarat.

    “Jom kita cuba bahasa isyarat pula. Bella belajar dekat YouTube saja ini.

    “Kalau salah korang betulkan okay,” tulisnya di ruangan kapsyen.

    Menerusi perkongsian video, Nabila dilihat tidak kekok menggerakkan tangannya seiring dengan lagu Raya Mana.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemahiran yang dimiliki Nabila.

    “Bagusnya Bella masukkan bahasa isyarat dalam lagu.

    “Lembut saja tangan dia buat, aku cuba buat nampak keras.

    “Harap lepas ini makin ramai yang selitkan bahasa isyarat dalam lagu,” antara komen netizen.

    Lagu Raya Mana nyanyian Nabila dicipta oleh Ezra Kong yang dilancarkan pada 22 Mac lalu. – Agensi

    Nabila terlihat cekap menari dengan bahasa isyarat. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...