Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kedai emas di kawasan tumpuan pelancong Paris dirompak

    PARIS, 19 MEI – Sekumpulan perompak bersenjata kelmarin merampas barang kemas dari sebuah kedai mewah berhampiran jalan Champs Elysees yang terkenal di Paris sebelum melarikan diri dengan motosikal, kata sumber polis.

    Kumpulan yang terdiri daripada tiga orang itu, salah seorang daripada mereka bersenjatakan senjata panjang, mungkin telah melarikan beberapa juta euro dalam rompakan itu, berdasarkan dua rompakan terdahulu di kedai barang kemas, Harry Winston yang sama pada 2007 dan 2008.

    Satu tembakan kedengaran di luar kedai di Avenue Montaigne, menurut sumber polis yang biasa dengan kes itu menyatakan rompakan itu berlaku sekitar 11:45 pagi.

    Pendakwa raya Paris berkata siasatan sedang dijalankan.

    Sumber yang rapat dengan kes itu berkata ia mungkin mengambil beberapa hari sebelum nilai sebenar rompakan diketahui.

    Dalam kes 2007-08, 900 barang yang bernilai AS$78.9 juta telah dicuri dalam salah satu rompakan terbesar seumpamanya di dunia.

    Mahkamah Paris menjatuhkan hukuman penjara kepada lapan lelaki pada 2015 daripada sembilan bulan hingga 15 tahun atas rompakan itu. – AFP

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...