Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kejadian tanah runtuh bunuh empat orang di Filipina

    MANILA, 26 OKT – Seramai empat orang maut dalam kejadian tanah runtuh di sebuah kampung terpencil di wilayah Quezon di Filipina pada Selasa lalu. 

    Pegawai tempatan dan tentera di wilayah Quezon mengesahkan kejadian tanah runtuh itu berpunca akibat hujan lebat.

    Menurut mereka, tanah runtuh menimbus lima buah rumah di kaki gunung, menyebabkan seorang wanita hamil, suaminya dan dua lagi lelaki maut.

     Sementara itu, Ketua Pejabat Hal Ehwal Awam Tentera Udara Filipina, Kolonel Ma. Consuelo Castillo berkata mayat mangsa ditemukan pada kelmarin. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...