Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kekalahan pertama Real lonjak Barca ke persada liga

    MADRID, 8 NOV – Real Madrid kalah buat kali pertama dalam La Liga musim ini apabila tewas 3-2 berdepan pencabar dari bandar yang sama, Rayo Vallecano hari ini sekali gus membawa Barcelona ke kedudukan teratas dalam carta dengan kelebihan dua mata.

    Rayo mendahului di awal permainan sebelum Real kembali di depan dengan kedudukan 2-1. Rayo menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama dan mengesahkan kemenangan hasil dua kali penalti diambil oleh Oscar Trejo pada minit ke-67.

    Selepas 13 perlawanan, Barcelona kini teratas dengan 34 mata berbanding Real Madrid dengan 32 mata.

    Bermain tanpa pemenang Ballon d’Or yang cedera, Karim Benzema, Real Madrid berdepan lawan yang sukar di stadium dekat Vallecas.

    Santiago Comesana meletakkan tuan rumah di depan selepas hanya lima minit sebelum dua gol dalam tempoh empat minit menukar keadaan buat Madrid.

    Luca Modric menyamakan kedudukan menerusi penalti pada minit ke-37 sebelum gol Eder Militao meletakkan skuad kendalian Carlo Ancelotti kembali di depan. Ia bagaimanapun belum berakhir apabila Rayo menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi Alvaro Garcia.

    Dalam pertembungan panas itu, penjaga gol Real, Thibaut Courtois menyelamatkan penalti Trejo pada minit ke-67 tetapi dipersalahkan kerana keluar lebih awal. Trejo kemudiannya mengawal rasa gementar untuk menyempurnakan kembali sepakan itu.

    “Kami tewas kerana gagal menang pertarungan individu dan kami terlepas peluang yang biasanya kami sempurnakan,” kata Ancelotti. – AFP

    Aksi Luka Modric (tengah), ketika bersaing dengan Santi Comesana (kiri) dalam perlawanan antara Rayo Vallecano dan Real Madrid di stadium Vallecas, Madrid. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun akan lawat Perancis, Brazil dan Paraguay

    TOKYO, 26 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida akan melawat Perancis, Brazil dan Paraguay minggu depan ketika negaranya berusaha untuk meningkatkan hubungan dengan...