Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Sorakan untuk Messi bergema di Qatar

    DOHA, 8 NOV – Penyokong setia bola sepak Argentina menyatakan bahawa Piala Dunia terakhir Lionel Messi akan berakhir dengan kejayaan selepas pasukan Amerika Latin itu menjadi pasukan pertama mendirikan kem latihan di Qatar.

    Kumpulan penyokong mereka berkumpul di mercu tanda jam Piala Dunia di Doha sambil melaungkan nama Messi selain mengibarkan bendera, kira-kira dua minggu sebelum kejohanan berkenaan akan bermula ketika pihak polis terus memerhatikan permulaan demam bola sepak di negara Teluk itu.

    Ramai antara mereka berkunjung ke menara jam itu untuk menyambut ketibaan Matias Villarroel, Silvio Gatti, Leandro Blanco dan Lucas Ledezma yang berkayuh sejauh 10,500 kilo-meter melintasi Afrika untuk sampai ke Doha pada Isnin. Namun Messi sentiasa berada di minda mereka serta penyokong yang lain.

    “Impian di sebalik kayuhan melalui keseluruhan laluan ini ialah Argentina akan menang Piala Dunia dan Leo akan menjulang trofi pada 18 Disember,” kata Blanco.

    Ketika Argentina menang Piala Dunia 1978 dan 1986, Messi yang juga antara pemain terhebat dunia kalah pada aksi final 2014. – AFP

    Penyokong Argentina bersorak di hadapan mercu tanda jam Piala Dunia di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...