Thursday, May 1, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kelab Lion laksana Projek Penglihatan di SR Chung Hwa, Labi

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 11 OKT – Dalam memperingati Hari Penglihatan Sedunia yang disambut pada setiap 12 Oktober, ahli-ahli Kelab Lion Belait telah menjalankan Projek Penglihatan tahunan mereka di Sekolah Rendah (SR) Chung Hwa, Labi, kelmarin.

    Mengetuai kumpulan itu ialah Pengerusi Wilayah 5, Joseph Teo yang menjalankan saringan dan ujian penglihatan untuk 24 pelajar Tahun 1 hingga 6 sekolah berkenaan.

    Tujuh orang daripada pelajar berkenaan memerlukan cermin mata preskripsi, dan cermin mata preskripsi percuma akan disumbangkan VisionCare Kuala Belait.

    Cermin mata preskripsi tersebut akan diserahkan kepada pelajar di kemudian hari, dengan kumpulan itu merancang membuat satu lagi perjalanan ke kawasan luar bandar Belait untuk menyerahkan sendiri cermin mata kepada pelajar bagi memastikan kesesuaian dan keselesaan mereka.

    Turut hadir ialah Naib Presiden Kedua, Johnny Cheong; Setiausaha Bekas Presiden, Linda Chia dan Bekas Presiden, Edmund Chee.

    ATAS & BAWAH: Pelajar Sekolah Rendah Chung Hwa, Labi menjalani saringan dan ujian penglihatan yang dikendalikan oleh Kelab Lion Belait. – Gambar serahan Kelab Lion Belait
    Gambar serahan Kelab Lion Belait

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda