Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Kelambu baharu ‘cegah’ 13 juta kes malaria di Afrika

    GENEVA, 17 APRIL – Sejenis kelambu baharu yang diedarkan ke seluruh sub-Sahara Afrika dapat mengelakkan kira-kira 13 juta kes malaria dan hampir 25,000 kematian dalam tempoh tiga tahun, menurut pihak yang membiayai projek itu hari ini.

    Terdapat 249 juta kes malaria yang direkodkan dan 608,000 kematian pada 2022, menurut angka terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebahagian besarnya di Afrika.

    Hampir setengah juta kanak-kanak di rantau Afrika meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit ini, yang disebabkan oleh parasit yang dibawa oleh nyamuk.

    Salah satu cabaran utama ketika dunia berusaha untuk mengurangkan jumlah yang tinggi adalah peningkatan rintangan racun serangga yang dilihat pada nyamuk yang membawa penyakit ini.

    Dalam usaha untuk menangani masalah tersebut, Projek New Nets mengedarkan 56 juta kelambu dwi-racun ke 17 negara endemik malaria antara 2019 dan 2022.

    Inisiatif ini dibiayai oleh Unitaid dan Global Fund serta diketuai oleh Konsortium Kawalan Vektor Inovatif.

    Ia mendapati bahawa kelambu baharu itu – yang disalut dengan racun serangga pirol generasi baharu bersama kombinasi racun serangga piretroid standard – lebih berkesan dalam mengawal malaria.

    Penilaian dua ujian klinikal dan lima kajian rintis menunjukkan kelambu baharu itu meningkatkan kawalan malaria sebanyak 20-50 peratus di negara yang melaporkan rintangan racun serangga di sub-Sahara Afrika, berbanding kelambu standard, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...