Tuesday, May 21, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Kelantan FC lantik jurulatih import

    KOTA BHARU, 13 JAN – Kelantan FC mengikat jurulatih import dengan mendapatkan khidmat bekas pemain kebangsaan dari Korea Selatan, Choi Moonsik bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.

    Kelantan FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan jurulatih berusia 52 tahun itu telah menandatangani kontrak bersama pasukan itu semalam dalam usaha memberi saingan sengit dan cabaran lebih hebat kepada pasukan lawan. 

    “Moonsik mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak terutamanya di benua Asia selain pernah beraksi di pentas Piala Dunia era 90an.

    “Moonsik turut membimbing beberapa buah kelab bola sepak kebangsaan Korea Selatan dan menjadi pemain skuad kebangsaan negara itu dengan beberapa siri perlawanan peringkat dunia termasuk kelayakan Piala Dunia pada 1998, Piala Dunia AS 1994 dan kejohanan Olimpik Barcelona 1992,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu juga memberitahu antara pencapaian Moonsik sepanjang karier kejurulatihannya ialah Juara Sukan Asia Incheon dan Juara King’s Cup Thailand sebagai pembantu jurulatih bersama skuad kebangsaan B23 Korea Selatan dan Juara Sukan Asia Incheon.

    “Moonsik akan turut dibantu bekas pengendali Kelantan FC musim lepas, Rezal Zambery Yahya yang mengisi bangku penolong jurulatih,” menurut kenyataan itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...