TOKYO, 1 OKT – Pihak berkuasa imigresen Jepun berkata hari ini seorang lelaki Nigeria yang mati dalam tahanan pada Jun mati akibat kelaparan ketika mengadakan mogok lapar, dalam pengiktirafan kes yang pertama seumpama itu.
“Satu bedah siasat telah mendapati lelaki itu mati kelaparan,” beritahu pegawai di Agensi Perkhidmatan Imigresen kepada AFP. Lelaki itu dalam umur 40an, dengan namanya telah dirahsiakan, meninggal dunia pada 24 Jun selepas tidak sedar diri di Pusat Imigresen Omura dan dibawa ke sebuah hospital di selatan Jepun.
Dia telah mengadakan mogok lapar selama sekurang-kurangnya tiga minggu untuk membantah kerana ditahan oleh pihak berkuasa imigresen dalam tempoh tiga tahun lalu, kata peguam. Ia adalah kematian ke-14 dalam pusat tahanan imigresen Jepun sejak 2007, menurut Persekutuan Persatuan Peguam Jepun.– AFP