Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemarau jejas tanaman padi Vietnam

    HANOI, 28 FEB – Vietnam Selatan, termasuk pusat perniagaan Bandar Ho Chi Minh, dan wilayah Delta Mekong, ‘yang merupakan kawasan penanaman padi,’ mengalami gelombang haba berpanjangan yang jarang berlaku pada Februari, kata pegawai cuaca, hari ini.

    Beberapa kawasan delta juga mengalami kemarau dan petani bergelut untuk mengangkut hasil tanaman mereka kerana paras air yang rendah di terusan rantau itu.

    Tempoh panas yang ekstrem bermula pada 9 Februari, kata pakar meteorologi kepada AFP, dengan suhu mencecah sehingga 38 darjah Celsius (C) iaitu paras tinggi ‘tidak normal’ untuk Februari di selatan Vietnam, yang biasanya menyaksikan cuaca panas tinggi sekitar 39C pada bulan April atau Mei.

    Di wilayah Ca Mau, di hujung Delta Mekong, petani Hong Chi Hieu, memberitahu AFP ‘kemarau teruk’ telah menjadikan bumi ‘sangat kering’ dan telah menimbulkan masalah untuk menggunakan saluran air.

    “Kebanyakan kami menanam padi di sini. Kami mempunyai tanaman yang agak memberangsangkan tahun ini tetapi terusan yang kering telah memberi kesan buruk kepada hasil tuaian kami,” katanya. – AFP

    Gambar bertarikh 23 Februari 2024 ini menunjukkan seorang petani melihat tanamannya di sawah kering di wilayah Ca Mau, selatan Vietnam, di tengah-tengah gelombang panas yang panjang. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...