Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kemas kini pengambilan kad pengenalan bermula hari ini

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 DIS – Kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan kad-kad pengenalan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) dan pejabat-pejabat cawangan akan dikemaskinikan bermula esok (8 Disember).

    Ia bermatlamat untuk mengatasi jumlah nombor yang terhad disebabkan oleh jumlah orang ramai yang mendaftar melebihi had kapasiti yang dapat diberikan di ibu pejabat dan pejabat-pejabat cawangan.

    JIPK dalam kenyataannya menjelaskan, bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait, kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan khusus bagi kad pengenalan hijau akan berpindah sementara di Dewan Pengiran Lela Cheteria, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jalan Menteri Besar bagi Daerah Brunei dan Muara, serta di Dewan Bandaran, Kuala Belait bagi Daerah Belait.

    Manakala itu, bagi Daerah Tutong, kaunter-kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan bagi kad pengenalan kuning, ungu dan hijau akan berpindah sementara di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Daerah Tutong.

    Bagi pendaftaran kad pengenalan kuning dan ungu di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Belait adalah dikekalkan di Ibu Pejabat JIPK dan pejabat cawangan di Daerah Belait.

    Dalam hubungan itu, JIPK memohon kerjasama orang ramai yang akan hadir ke tempat-tempat pendaftaran dan pengambilan kad-kad pengenalan itu, untuk mematuhi waktu-waktu operasi pembukaan kaunter-kaunter pendaftaran dan pengambilan kad-kad pengenalan seperti yang ditetapkan dan tidak perlu untuk datang terlalu awal.

    Waktu beroperasi kaunter perkhidmatan pendaftaran dan pengambilan kad pengenalan di Bahagian Kad Pengenalan, Ibu Pejabat JIPK bagi kad kuning dan ungu serta Dewan Pengiran Lela Cheteria, JKED, Jalan Menteri Besar bagi kad hijau, adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 7:45 pagi hingga 4 petang dan Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi.

    Penerimaan pendaftaran di Ibu Pejabat JIPK adalah melalui aplikasi Que-Up bagi kad pengenalan berwarna kuning dan ungu atau secara walk-in, sementara itu, di Dewan
    Pengiran Lela Cheteria, secara walk-in.

    Waktu operasi bagi Pejabat Cawangan Kuala Belait untuk kad kuning dan ungu, dan Dewan Bandaran, Kuala Belait bagi kad hijau, adalah Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 3:30 petang dan Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dengan penerimaan pendaftaran secara walk-in.

    Sementara itu, Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong bagi kad kuning, ungu dan hijau beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:45 petang hingga 3:30 petang serta Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dengan penerimaan pendaftaran secara walk-in.

    Manakala itu, Pejabat Cawangan JIPK di Daerah Temburong bagi kad kuning, ungu dan hijau beroperasi Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan dari pukul 1:45 petang hingga 3:30 petang serta Jumaat dari pukul 8 pagi hingga 11 pagi dengan penerimaan pendaftaran secara walk-in.

    Orang ramai hendaklah melengkapkan borang pendaftaran yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang JIPK dan menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum mendapatkan nombor giliran masing-masing.

    Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi melalui e-mel, info@immigration.gov.bn atau talian 7299550 (ibu pejabat), 7299597 (Kuala Belait), 4221251 (Tutong) dan 7299586 (Temburong) semasa waktu bekerja.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...