Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kematian kalangan tidak divaksin 20 kali ganda berbanding vaksinasi

    KUALA LUMPUR, 9 DIS – Kematian akibat COVID-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Menerusi akaun Twitternya Dr Noor Hisham berkata trend kematian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas.

    “Data kami (Kementerian Kesihatan) menunjukkan kematian dalam kalangan yang tidak divaksinasi dan sebahagiannya divaksinasi adalah 3,200 orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk.

    “Bagi individu yang telah lengkap divaksin adalah 160 orang/kematian bagi satu
    juta penduduk dan kematian bagi mereka yang telah mendapat dos penggalak adalah empat orang/kematian bagi setiap satu juta penduduk,” katanya.

    Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data Kematian COVID-19 Kebangsaan dari 1 Jan hingga 4 Dis 2021, jumlah kematian tertinggi diumumkan pada 11 Sept dengan 592 kes. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda