Wednesday, September 11, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Trump diserang penggodam

    WASHINGTON, 11 OGOS – Kempen Donald Trump kelmarin berkata ia telah digodam, menyalahkan ‘sumber asing’ kerana mengedarkan komunikasi dalaman dan dokumen mengenai calon gandingannya, JD Vance.

    Kempen Trump menuduh Iran merupakan dalang di sebalik tindakan itu setelah akhbar Politico melaporkan ia telah menerima e-mel dengan bahan kempen daripada sumber tanpa nama.

    “Dokumen ini diperoleh secara haram daripada sumber asing yang bermusuhan dengan Amerika Syarikat, bertujuan untuk mengganggu pilihan raya 2024 dan menyemai huru-hara sepanjang proses Demokrat kita,” kata jurucakap kempen Trump, Steven Cheung dalam satu kenyataan.

    Cheung memetik laporan daripada Microsoft minggu ini yang mengatakan penggodam Iran ‘menghantar e-mel pancingan pada bulan Jun kepada pegawai berpangkat tinggi dalam kempen presiden’.

    Bahan-bahan yang diterima oleh Politico termasuk penyelidikan mengenai saringan Vance, calon naib presiden bagi Trump. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda