Friday, November 22, 2024
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena denda $1,000, cemar sungai dengan cecair

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 21 NOV – Seorang individu didenda $1,000 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kelmarin, kerana membuang cecair ke anak sungai di Kampung Kuala Balai, Mumong.

    Denda itu dikeluarkan di bawah Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, di mana individu tersebut diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda atau berdepan tindakan mahkamah.

    Jika sabit kesalahan di mahkamah, hukuman denda boleh dikenakan antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama, dan bagi kesalahan berikutnya akan diidenda tidak kurang $3,000 sehingga $9,000 dan enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan berkenaan terus mengingatkan orang ramai termasuk syarikat tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan persekitaran.

    Gambar bekas cecair yang ditemui dibuang berhampiran kawasan tersebut. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda