Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenapa jaket keselamatan digunakan?

    Saya telah membaca dengan penuh minat satu surat kiriman pembaca yang bertajuk ‘Lifejackets, Life Savers’ yang disiarkan dalam bahagian ‘Lifestyle’ di Borneo Bulletin baru-baru ini.

    Saya sering kali mengunjungi Taman Mahkota Jubli Emas dan menyaksikan kawasan perairan di sekelilingnya di mana memberikan satu pemandangan yang begitu menenteramkan .

    Kemudian saya perhatikan beberapa penambang perahu dan penumpang mereka tidak menggunakan jaket keselamatan. Saya rasa itu adalah satu tindakan yang berbahaya. Penumpang dan pengendali perahu sepatutnya memakai jaket keselamatan sepanjang masa kerana jaket keselamatan dapat menyelamatkan nyawa mereka sebagaimana yang dinyatakan di dalam beberapa artikel.

    Laporan tersebut mengatakan bahawa The Royal Brunei Technical Services pada bulan Mac tahun ini yang telah menyerahkan lebih daripada 50 set jaket keselamatan kepada penambang.

    Apa yang berlaku pada jaket keselamatan yang telah diberikan? Mengapa pengemudi perahu tidak memakainya? Saya fikir pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap pengemudi dan penumpang yang tidak menggunakan jaket keselamatan.

    Selepas sahaja ia dapat dilaksanakan, semua orang akan mengikuti. Apabila beberapa individu ditahan manakala yang lain tidak mahu berdepan dengan situasi yang sama dan akan mengikuti arahan-arahan. – Mengambil berat

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda