Wednesday, April 30, 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kepakaran seorang doktor

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Bagi anda yang menggemari drama siri tv yang berkonsepkan perubatan, anda boleh menyaksikan drama terbaharu dari Korea Selatan yang bertajuk Doctor John.

    Drama Doctor John ini baru sahaja disiarkan pada 19 Julai lalu iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu di saluran SBS.

    Drama berkonsepkan perubatan dan diarahkan oleh Jo Soo Won dan skrip pula ditulis oleh Kim Ji Woon. Selain berkonsepkan perubatan, drama ini turut memasukkan elemen cinta di dalamnya sekali gus menjadikan kronologi drama semakin menarik dan digemari ramai.

    Drama ini dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal dari Korea Selatan iaitu Ji Sung memegang watak sebagai Cha Yo Han, Lee Se Young memegang watak sebagai Kang Shi Young dan watak-watak lain seperti Lee Kyu Hyung, Hwang Hee, Kim Hye Eun, Shin Dong Mi, Jeon No Min dan banyak lagi.

    Plot ringkas

    Drama Doctor John ini mengisahkan tentang Cha Yo Han iaitu seorang doktor anestesiologi. Cha Yo Han sangat dikenali dalam kalangan rakan-rakannya seorang yang sombong dan angkuh namun dia juga dikenali sebagai seorang doktor yang berjiwa kental dan sangat serius dalam menjalankan pekerjaannya.

    Selain itu, Cha Yo Han juga seorang doktor yang sangat cerdas, cepat dan peka akan perihal tentang pesakit-pesakitnya. Dia akan merawat dengan cermat setiap pesakitnya sehingga mereka sembuh sepenuhnya.

    Cha Yo Han bertemu dengan Kang Shi Young semasa di penjara ketika Kang Shi Young bekerja sementar dan merawat salah seorang rakan penjara Cha Yo Han. Namun berpisah sebaik sahaja Cha Yo Han keluar dari penjara dan bertemu semula di hospital dan bekerja bersama menangani pelbagai penyakit.

    Ikuti cabaran seterusnya dalam hubungan dan kerjaya mereka di hospital tersebut dalam siri Doctor John.

    Apakah yang terjadi seterusnya, anda boleh saksikan kisah selanjutnya dalam drama siri Korea Selatan, Doctor John.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda