Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kerajaan Sabah sumbang kepala singa sempena TBC

    KOTA KINABALU, 16 JAN – Kerajaan Sabah menyumbangkan kepala singa bernilai RM1.5 juta kepada pelbagai kuil dan persatuan Cina di negeri itu bagi pasukan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina, bulan depan.

    Jabatan Ketua Menteri Sabah, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, menyampaikan kepala singa kepada kuil dan persatuan berkenaan di zon tengah Pantai Barat dalam satu majlis, di sini hari ini.

    Majlis itu adalah permulaan sumbangan berkenaan yang akan diadakan di sembilan zon di negeri ini menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

    Zon berkenaan ialah Beaufort/Sipitang, Kudat/Kota Marudu, Keningau, Tenom, Tawau/Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Ranau dan Kota Belud.

    Hadir sama pada majlis itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Bersatu Sabah, Tan Sri Andrew Liew Sui Fatt. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...