NEW DELHI, 18 JULAI – Sebuah kereta api penumpang tergelincir di India hari ini, mengakibatkan beberapa gerabak terbalik dan mengorbankan seorang penumpang.
Usaha menyelamat dan bantuan sedang giat dijalankan.
Rangkaian kereta api India kekal sebagai bentuk perjalanan utama di negara ini, namun ia sering mengalami kemalangan maut akibat kekurangan dana dan penyelenggaraan yang tidak mencukupi.
Chandigarh-Dibrugarh Express, perkhidmatan penumpang dengan 22 gerabak yang merangkumi jarak 2,640 kilometer, tergelincir berhampiran bandar suci Hindu, Ayodhya, sekitar jam 2:30 petang waktu tempatan.
“Mengikut maklumat awal yang kami terima dari lokasi kejadian, seorang dilaporkan maut dan tujuh yang lain cedera,” kata jurucakap Kereta Api India, Pankaj Singh, kepada pemberita. – AFP